Pengenalan PPKM Johor

Persatuan Pendidikan Dan Kemahiran Masyarakat Johor atau dikenali sebagai PPKM Johor ini diasaskan oleh Dr Thenmolly Peariasamy iaitu Pengerusi PPKM Johor.Beliau mempunyai latar belakang pendidikan PHD(Management),B.Sc (Human Resource Development) di UTM Malaysia.Persatuan ini ditubuhkan pada Januari 2015 dan ia merupakan organisasi yang beroperasi di Johor.Persatuan ini juga merupakan sebuah persatuan di bawah organisasi bukan Kerajaan.Pelbagai aktiviti pendidikan dan kemahiran untuk membangunkan masyarakat terutamanya di luar bandar dan untuk membina masyarakat yang berintegriti sekaligus mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar terutamanya wanita dan pelajar.
Pengerusi PPKM Johor
Dr Thenmolly Peariasamy
VISI
Menggilap bakat wanita-wanita dalam bidang kemahiran dan meningkatkan kualiti pendidikan pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar dan kurang berkemampuan.
MISI
Menjadikan PPKM Johor sebagai sebuah persatuan yang mampu melahirkan generasi wanita yang penuh berketerampilan dan mempunyai pelbagai kemahiran terutama untuk wanita -wanita dan pelajar-pelajar yang mempunyai keinginan untuk terus maju dan berjaya .
LOKASI

KAMI DI SINI
NO 6, Jalan Bestari 17/4, Taman Nusa Bestari,
79150 Nusajaya , Johor